diturunkan dari abad ke abad..
destinasi ke destinasi..
warisan ke warisan..
dan generasi ke genarsi..
mungkin ada yang masih tidak sedar dimana asalnya..
mungkin dari kayu barangkalinya..
dengan harga tidak seberapa..
tapi boleh semahal intan permata..
atau mungkin emas berharga..
mungkin cukup lemah untuk dibinasa..
tapi cukup kuat untuk memusnahkan dua negara..
mungkin kerana jasanya yang dipandang sebelah mata..
dengan hanya mencatat undang-undang negara..
tanpa nya tidak mengerti identiti kita..
disebabkan ia mencatat segalanya..
segala rahsia..
segala sejarah kita..
jika ia mempunyai jiwa..
akan ku jadi ia teman setia..
kerana ia hanya mampu mendengar tanpa berkata..
kerana ia hanya sehelai kertas biasa..
mungkin tidak difikirkan kewujudannya

No comments:
Post a Comment